Thursday, July 17, 2008



Raja Petra ditahan, dibawa ke mahkamah

Jul 17, 08 11:26am

Blogger Raja Petra Kamaruddin ditahan dan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta untuk didakwa.

Beliau dijangka didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung dakwaannya dalam akuan berkanunnya yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor - isteri timbalan perdana menteri - dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra dan peguamnnya tiba di ibupejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.

Isterinya, Marina Lee Abdullah, bimbang Raja Petra sekali lagi enggan diikatjamin dan berada tahanan seperti sebelum ini.

"Ini adalah kesalahan yang boleh diikatjamin. Saya harap dia tidak akan mengejutkan saya lagi dan enggan diikatjamin," katanya.

Dua bulan lalu, apabila Raja Petra didakwa dengan tuduhan hasutan kerana menyiarkan artikel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderres to hell' dalam lamanwebnya Malaysia Today, dia enggan diikat jamin.

Dia bagaimanapun bersetuju diikatjamin tiga hari kemudiannya.

Source

*Memang zalim betul najib handle political enemy dia. Looking forward to 2010 when he's the PM. A dictator and tyrant?? hmmm we rakyat just wait and see.

No comments: