Saturday, August 23, 2008

9:1 Ratio


UTK, Komando 69 kawal Permatang Pauh
Aug 22, 08 6:24pm
Penambahan bilangan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69 ke kawasan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh bukan kerana keadaan di sana "panas" dan bahaya tetapi untuk memastikan keselamatan pemimpin dan pengundi menjelang pilihanraya itu Selasa ini.

"Ia hanya untuk langkah berjaga-jaga bagi mengawal keadaan supaya pengundi dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

"Apabila sesuatu perkara yang melibatkan pemimpin, pemantauan yang lebih rapi dari segi keselamatan adalah amat diperlukan," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin kepada Bernama.

Polis dilaporkan akan meningkatkan kekuatan pasukannya kepada 6,000 anggota menjelang hujung minggu ini termasuk mengerahkan UTK dan Komando 69 ke Permatang Pauh.

Bakri berkata orang ramai tidak perlu bimbang dengan perkembangan tersebut.

"Ia bukan perkara luar biasa apabila anggota UTK dan Komando ditempatkan untuk sesuatu pilihanraya.

"Komando bukanlah kita gerakkan ke hulu dan ke hilir sesuka hati, jika kita ada waran baru kita gunakan.

"Jadi orang ramai tidak perlu rasa takut kerana ia bagi memastikan keselamatan adalah terjamin," katanya.

Source

*Wah 6000 anggota? Pengundi Permatang Pauh dalam 54 ribu maknanya seorang polis tu ditugaskan untuk mengawal 9 org pengundi. Hmmm terlebih sgt kot. Apa pengundi Permatang Pauh ganas sangat ke sampai nak kena jaga begitu sekali?

3 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan!

Tak hairanlah kalau sudah banyak sebegitu...sudah tentu PDRM hendak menggambarkan keadaan di sana akan huru-hara pada hari pengundian. Bukankah sepatutnya polis-polis ini menyiasat kehilangan adik sharlinie dan pembunuh adik nurin jazlin?

abu 'asim

Anonymous said...

Tuan....ada isu baru di http://anginperubahan.blogspot.com/

tuan tanah buat citer lain pulak...

thanks!

abu 'asim

Ilusi Dalang said...

Abu Asim,

Itu tuan tanah dah tak aprrove comment saya dah.. hari tu ye ye je dia kata semua orang boleh comment blog dia