Monday, August 18, 2008

Mari Mengeja

Baru tgk YouTube pasal liputan Malaysiakini di sekitar Permatang Pauh pada hari pencalonan. Aku tertarik dgn banner dari Pemuda UMNO Kota Raja ni. Melayu Ditindas, Mana Keadillan!!!

Allo brader, kalau ye pun jgn la menindas bahasa melayu. Eja keadillan tu salah, keadilan la patutnya, ada pulak dua L. Cikgu mana ngajar ni?. Bodoh betul. Mungkin kalau dia tulis keadilan nanti orang parti Keadilan jawab, Ye kitaorang ada kat sini! kot.

Patut la UMNO teruk ahli pun tak reti mengeja. Nak membela Melayu konon, bahasa sendiri pun tak dibelanya. Kepada Ketua Pemuda UMNO Kota Raja sila lah hantar ahli-ahli anda ke kelas mengeja di tadika KEMAS