Monday, August 11, 2008

Stupid PAS

Konsert Avril Lavigne hina pejuang kemerdekaan
Salmiyah Harun
Wed | Aug 06, 08 | 1:25:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Tindakan meluluskan Konsert Avril Lavigne yang akan diadakan pada hari Jumaat 29 Ogos sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke-51 adalah suatu penghinaan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair.

"Sempena bulan kemerdekaan ini, seharusnya diisi dengan penghayatan bagi menghargai pengorbanan nenek moyang ketika memperjuangkan kemerdekaan tanah air bukannya dengan memanggil waris penjajah untuk mengajar anak-anak muda menjadi 'beruk' moden yang terkinja-kinja tanpa hala tujuan,"tegas Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya,mereka tidak menolak hiburan tetapi jika bentuk hiburan yang menjemput artis Barat mereka sekali-kali tidak akan bersetuju dan terus menentang.

"Pemuda wilayah juga akan menghantarkan memorandum dan kempen bagi menentang konsert ini serta konsert lain yang tidak sesuai dengan roh dan semangat kemerdekaan.

"Pemuda Wilayah juga akan menghantar satu delegasi untuk berbincang dengan Jawatankuasa Permohonan Artis Luar Negeri (Puspal) dan pihak berkepentingan dalam tempoh terdekat bagi menyampaikan bantahan dan cadangan terhadap isu ini,"jelasnya.

Beliau juga kecewa dengan sikap talam dua muka yang ditunjukan oleh Puspal yang dalam diam membenarkan konsert artis barat selepas gagal dalam meneruskan konsert Inul di Stadium Bukit Jalil kerana desakan orang ramai.

"Kami memandang serius di atas tindakan berkenaan dan membantah kehadiran artis ini sempena meraikan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-51. Ini bukanlah budaya kita," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Puspal yang bernaung di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk merosakkan sambutan kemerdekaan negara.

"Ini adalah suatu perkara yang tidak dapat dimaafkan kerana pihak Puspal yang menjadi agensi kerajaan yang dibiayai dari hasil titik peluh rakyat seharusnya memainkan peranan untuk menapis permohonan persembahan artis dari luar negara," katanya.

Tegasnya, tapisan ketat perlulah dibuat bagi artis-artis yang mengadakan pertunjukan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.

Apa yang berlaku hari ini termasuklah gejala sosial yang semakin meningkat, katanya berpunca dari kegagalan KPKKW sendiri.

"Walaupun mereka melancarkan kempen Budi Bahasa dan pelbagai lagi kempen kebudayaan, semuanya gagal dan tidak bermanfaat. Apa yang mereka lakukan hanyalah menaburkan madu diatas racun yang telah disemai terlebih dahulu,"katanya.

Justeru, Pemuda Wilayah mendesak agar Puspal menolak permohonan Konsert dari artis ini walaupun mendapat tajaan dari Syarikat Maxis rakyat Malaysia sudah terlalu banyak dijamu dengan budaya berhibur. - mks. _

Source

Inul dances into new controversy

KUALA LUMPUR: Indonesian songstress Inul Daratista will face more controversy when she performs at Stadium Bukit Jalil here on Sunday, just 10 days after the contentious cancellation of her concert in Johor Baru.
This is because members of Pas Youth are planning to disseminate 10,000 flyers which state that the concert is not in line with Islamic values and those watching it are committing a sin.

Federal Territory Pas Youth chief Kamaruzaman Mohamad said this yesterday at the City Hall headquarters in Jalan Raja Laut.

Earlier, he had presented a memorandum to Kuala Lumpur Mayor Abdul Hakim Borhan to cancel the concert this weekend.

Kamaruzaman and four other Pas Youth members presented the memorandum to the mayor's special officer, Shaari Ahmad Junid, who accepted it on behalf of the mayor.

On Pas Youth's reason for going all-out to protest Inul's concert, Kamaruzaman said: "Have you seen her in action? Just go to the YouTube website and type her name and you will see that her shows are quite obscene. Even I can't bear watching her." He said her concerts were known to make the crowd go "wild sexually" and that this could lead to social problems. "Once they go wild, some will resort to sex by the roadside. So it's best that her concert does not go on," he said.

He added that City Hall must stop her concert as it did not adhere to rulings by the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim).

"In Indonesia, although Inul is now known as 'Hajjah' (having performed the Haj), she has also been labelled an obscene dancer by the Indonesian Ulama Council. So what more can I say?"

When asked to comment on the perception of Pas Youth as being "Taliban-like and orthodox" in opposing concerts such as Inul's, Gwen Stefani's and Beyonce's, he said the party had a valid reason for doing so.

"In Islam, you cannot just watch others committing sin.

"As long as you are able, you should let those committing sin know that what they are doing is wrong and if possible, stop them from doing so," said Kamaruzaman.

He said this is the concept Pas adheres to when opposing concerts of artistes who were "morally low", as they brought about social problems among youths.

"But this does not mean that Pas is against all artistes."

Source

*Ahli-ahli PAS boleh terangkan sikit macam mana Avril Lavigne ni menghina kemerdekaan? Dulu keluar statement sapa tgk konsert Inul balik tu terus have sex bersepah kat tepi jalan. Bodoh! takde otak gile punya statement. Mana negara pun aku rasa aku tak pernah dgr org tgk concert boleh jadi horny sgt pastu terus nak maint tepi jalan. Maybe dia kot yg perangai camtu. Yang tak boleh control nafsu, itu yg kawin sampai 3-4 tuh. Now kata concert Avril meghina kemerdekaan. What??? lagi satu statement bodoh.

Pelik betul lah orang-orang macam ni. Asal boleh nak protest. Semua bendanya nak protest. Ok now aku pulak nak mula protest against stupid people like this PAS fella.

PROTEST!!!!

3 comments:

Asimo Shariz said...

Jaganla PAS, nak bantah Inul tada hal aku setuju. Tapi janganla kacau Avril.

MCKK 8993 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jingga Studies said...

semua benda tak boleh susah laaaaa...aiyaaaa!!

ps canggih layout baru ko..kena dgn the whole theme !!!